-Dua-
Raja
Nyamuk punya legasi ceriteranya yang tersendiri, panjang sejarahnya. Setakat
yang tercatat juga sudah panjang apatah lagi yang sebelumnya. Kisah raja-raja
nyamuk dan keturunannya sepanjang sejarah kenyamukan ada yang boleh dibanggakan
seperti nyamuk yang saleh lagi taat kepada perintah Allah seperti nyamuk yang
membunuh Namrud ribuan tahun dahulu, tidak dinafikan kegagahan dan kekentalan
moyang nyamuk itu menjadi legenda sepanjang zaman kepada kaum nyamuk seluruh
dunia. Meskipun moyang nyamuk itu tidak diketahui spesis apa, namun mereka
semua tetap berbangga.
Khabarnya dahulu, sebelum kaum
nyamuk keturunan Raja Nyamuk yang kita bicarakan dalam cerita ini bermigrasi
dan membuka penempatan baru berdekatan dengan bilik gelap itu, moyang mereka
sebenarnya berasal dari seberang. Asal keturunan, tamadun dan budaya yang
berbeda sama sekali yang ada sekarang ini. Malah agama mereka juga berbeza sama
sekali. Dahulu kala mereka menyembah berhala-berhala atau patung yan diukir
cantik seni halusnya yang dinisbahkan kepada dewa dan dewi sebagaimana yang
mereka percayai. Malah sebuah monumen agung zaman berzaman masih ada di sana
sebagai tanda bahawa agama tersebut memang mendominasi alam mereka seberang
sana.
Peperangan demi peperangan dilalui
atas dasar perluasan kuasa dan pengaruh, malah pelbagai teknik dan taktik
politik ketenteraan dan kenegaraan dilakukan antaranya adalah bayaran ufti
kepada negara yang lebih hebat untuk dianggap sebagai negeri bawah naungan, ada
kalanya anak gadis khususnya puteri-puteri kerabat sendiri yang dijadikan tali
pengikat kepada jalinan politik. Kadang-kadang dengan menghadiahkan hadiah yang
muluk-muluk dan indah-indah bagi mnegambil hati seterusnya menjadi sekutu dan
banyak lagi caranya yang kadang-kadang masih diguna pakai pada hari ini
pastinya.
Pada suatu masa peperangan demi
peperangan berlaku, meskipun sebuah negara yang hebat dan berkuasa, namun adat
dunia pasang surutnya air boleh dijadikan sebagai imbalan. Kalau mahu
dibicarakan mengenai faktor, memang banyak. Antara faktor terbesar yang
menentukan jatuh bangunnya sebuah empayar dan tamadun adalah faktor
kepemimpinan mereka yakni raja mereka sendiri. Mungkin itu adalah faktor
dalaman yang terbesar dan faktor luaran yang terbesar adalah kekuatan musuh
yang melebihi kekuatan bala tentera yang ada. Peperangan memang aktiviti yang
mewarnai sejarang sepanjang zaman. Malah kehebatan ketamadunan Rom, Parsi,
China dan India juga adalah merujuk kepada keluasan empayar mereka sekali gus
kepada kekuatan ketenteraan yang mereka ada sehingga mampu menundukkan sesiapa
sahaja yang mereka nampak.
Banyak hero dan banyak kisah sudah
tercatit malah banyak lagi yang hilang dan dihilangkan dengan sengaja atau
sebaliknya. Kisah-kisah lalulah yang melatari pembangunan ketamdunan, budaya,
pemikiran keturunan mereka pada hari ini termasuk juga komuniti nyamuk yang
tinggal berhampiran bilik gelap itu.
Nyamuk-nyamuk semuanya tahu sejarah
penghijrahan keturunan mereka ke situ. Ya, mulanya dengan kekalahan dan
kecundangan mempertahankan tanah asal mereka yang dicerobohi seterusnya moyang
mereka segelintirnya berusaha menyelamatkan diri daripada serangan dan
kematian. Nah, di sini kita lihat dalam mana-mana peperangan sekali pun.
Apabila sampai ke kemuncaknya yakni negara, kota kemudian istana mereka diceroboh
musuh mesti yang dilarikan atau mereka yang mahu lari menyelamatkan diri adalah
Raja mereka dan paling tidak anak beranak mereka. Pada masa itu, sesekali
pernahkah mereka terfikirkan bagaimana rakyat yang ditinggalkan? Dibunuh,
dirogol dan dihina sedangkan si Raja dan keluarga lari menyelamatkan diri ke
hutan.
Sekali fikir, apakah itu sikap yang
sewajarnya untuk seorang pemimpin dan raja? Lari menyelamatkan diri sendiri dan
keluarganya sahaja selain daripada mereka yang boleh diguna pakai. Sewajarnya
begitukah sikap yang paling sesuai? Mungkin ada yang berbahas, ya, seorang
pemimpin dan raja mestilah seorang yang berfikiran jauh sejauh rembulan sabit
dan mentari gerhana. Andainya dia bertahan dan dirinya terkorban, siapa pula
dikatakan akan menerajui dan mengumpul semula kekuatan untuk melawan dan
merampas balik wilayah mereka yang sudah dirampas musuh? Malah kadang-kadang
digambarkan dalam filem-filem bikinan Barat, sang raja akan berat hati untuk
meninggalakan rakyat jelatanya namun dipaksa oleh rakyat yang sudi berkorban
untuk mereka. Yang mana betul? Semuanya sudah jadi sejarah dan sejarah ditulis
oleh mereka yang menang.
Itu adalah hakikat.
Maka kumpulan moyang nyamuk yang
lari meinggalkan tempat asal mereka, terbang jauh menyeberangi ke belah sini.
Lantas ketika sedang mereka berehat-rehat maka terjadilah perkata yang
tersangat aneh pada pandangan Raja Nyamuk pada masa itu. Seekor Cengkadak
kelihatan sedang diburu oleh seekor Kata Gomok yang besar dan hodohnya bukan
alang kepalang, selepas mencuba beberapa kali melastik Cengkadak dengan jurus
lidah getah bergulung liur sakti namun tidak berjaya, Katak Gomok menjadi geram
dan naik syeikh. Asal kulitnya yang berwarna gelap dan bergerutu menjadi merah,
matanya yang kuning hijau menjadi biru akibat marahnya yang amat kerana tidak
berjaya lagi menewaskan Cengkadak.
Cengkadak kelihatan tenang dan
sempoi sahaja. Setiap kali jurus lidah getah bergulung liur sakti dilepaskan ia
dengan tenang melompat ke kiri dan
kanan, malah kadang-kadang membuat lompatan sambil membuat balikan 180 darjah
dari daun ke daun. Sekalian nyamuk melihat dengan penuh teruja dan
bersorak-sorailah mereka dan suasana menjadi gegak gempita. Katak Gomok semakin menjadi geram, serangan
diperpesatkan namun tetap juga berjaya dielakkan oleh Cengkadak. Lama kelamaan
Katak Gomok menjadi letih dan warnanya tidak lagi segarang tadi, melihat kepada
hal demikian. Cengkadak kemudian seakan mengambil langkah yang lebih agresif
dengan lompatan-lompatan yang mengelirukan dan tidak berjejak di bumi, kalau
manusia boleh diibaratkan sebagai sedang mabuk – makanya mungkin ini adalah
mula cerita bagaimana jurus Cengkadak dalam Kung Fu mabuk orang Cina direka dan
kemudian menjadi satu jurus legenda selain daripada jurus-jurus hikmat yang
menggunakan mitos dewa dewi, jurus yang diadaptasi daripada binatang dan
serangka lebih dulu mendominasi. Kalau tidak percaya boleh rujuk filem-filem
kung fu khusunya yang retro, setiap hari Ahad, TV 7.
Katak Gomok semakin kelelahan, sudah
banyak air liurnya dibazirkan tanpa mengenai sasaran iaitu Cengkadak, seketika
kemudian Katak Gomok terdiam dan tidak lagi mampu bergerak dan ketika itulah,
saat keemasan dan paling baik untuk Cangkadak mengambil tindakan K.O. kepada
Katak Gomok. Keadaan menjadi sangat getir, suasana di pinggiran semak-samun itu
menjadi gentir, khali... hanya angin sahaja yang terus memainkan peranan dan
dedaun berlagaan sesama sendiri sahaja yang berani bersuara sedangkan kaum
nyamuk masih tetap mengapungkan diri tanpa sound effect seperti biasa.
Kalaulah hati sekalian nyamuk boleh
dilihat pada waktu itu pastinya lebih sama kurang dengan hati seorang manusia
yang takut saat tahu mereka akan mati sebentar lagi dan sememangnya pertarungan
antara Katak Gomok dan Cengkadak yang sedang mereka saksikan pastinya berkaitan
dengan hidup dan mati, memang menjadi kebiasaan pada zaman tersebut, dunia
kependekaran mereka dibauri dengan kejadian berdarah dan berbunuhan sesama demi
hanya untuk mempamerkan kekuatan, kekuasaan dan kesaktian masing-masing. Untuk
apa faedahnya, tiada lain melainkan nama, pengaruh dan ketersohoran meskipun
akhirnya tiada guna kesemua jenis perkara itu.
Tiba-tiba mereka dikejutkan oleh
raungan keras yang memetir suasana bening itu, rupanya Cengkadak sudah ambil
langkah utama dan melompat dengan tinggi. Mereka menebak bahawa Cengkadak mahu
menyerang dari udara dengan kepantasan hunjaman yang bercampur tarikan graviti
semula jadi. Lompatan Cengkadak amatlah tinggi sehingga sekalian nyamuk tidak
dapat melihat susuk tubuh Cengkadak yang keding itu di awangan, beberapa saat
kemudian barulah kelihatan ia sedang menjunam laju dan dalam hati para nyamuk
sekalian pastilah maut natijahnya Cengkodok itu.
Junaman semakin hampir, dalam masa
beberapa saat sahaja lagi akan singgahlah serangan itu ke tubuh Cengkodok dan
alamatnya... bommmmm!!!!!! Sungguh kuat bunyi dentuman itu, berkecaikah tubuh
Kata Gomok? Sekalian nyamuk terhumban ke belakang meskipun mereka sudah berada
di tempat yang agak jauh dari pertarungan belaku. Nyamuk-nyamuk bangkit dengan
mata terpisat-pisat, debuan yang berterbangan akibat letusan yang berlaku
sedikit demi sedikit reda. Nyamuk-nyamuk sekalian sudah berada simpati kepada
Katak Gomok, walaupun ia hodoh dan nampak jahat namun ia tetap adalah hidupan
ciptaan Tuhan yang punya hak. Namun dia memilih jalan pendekar dan menjadikan
pertarungan sebagai jalannya mencari kehidupan, pastinya cabaran pada jalan itu
juga perlu ia hadapi.
Tiba-tiba, mereka semua dikejutkan
suara ketawa berdekah-dekah dari balik debu dan habuk yang beterbangan.
Sekalian nyamuk hairan, Sang Raja seperti biasa segera mengarahkan
hulubalangnya agar menyiasat. Kalau mati pun mati mereka dulu, Raja Nyamuk
tidak mahu ambil apa-apa risiko. Seketika kemudian, seekor sahaja hulubalang
nyamuk kembali melapor, dalam keadaan yang tercungap-cungap dia ingin melapor
dan dalam masa yang sama juga Raja Nyamuk perasan bahawa seekor daripada
hulubalangnya sudah tiada... hulubalang yang kembali masih tercungap-cungap
tidak dapat berkata-kata, semua nyamuk tertumpu kepadanya. Dek kerana tidak
sabar lagi menunggu, Raja Nyamuk membuat kesimpulan mudah, hulubalangnya sudah
kena bunuh oleh Cengkadak selepas Katak Gomok dibunuhnya juga. Hutang darag
berbalas darah, meskipun darah Cengkadak tiada nilai buat mereka kerana tidak
boleh dimakan namun dendam yang baru tumbuh wajar dilunas segera!
Raja Nyamuk pada masa itu sudah naik
taik minyak dan mengarahkan seluruh rakyat nyamuk sekalian pergi menyerbu kea
rah Cengkadak dengan arahan – Jangan biarkan jasadnya berkubur sekalipun!
Apabila sampai dekat dengan tempat
berlakunya pertarungan tadi semua nyamuk jadi terpinga-pinga khususnya Raja
Nyamuk, semuanya terhenti dan berpandangan sesama sendiri melihat apa yang ada
di depan mata mereka. Cengkadak dan Katak Gomok yang bertarung tadi sedang bergelak
sakan malah sedang bergurau senda! Apabila menyedari mereka ada tetamu,
Cengkadak dan Katak Gomok berpaling menghadap kepada gerombolan nyamuk dalam
keadaan terpinga-pinga namun terus berhati-hati.
Seketika kemudian, keluar hulubalang
yang disangka mati terbunuh sebentar tadi dalam keadaan terhuyung-hayang.
Suasana menjadi semakin gempar. Dengan perlahan-lahan hulubalang nyamuk yang
kedua datang menyiasat datang menyembah dan berbisik kepada Raja Nyamuk –
Tuanku, sebenarnya Cengkadak dan Katak Gomok adalah saudara seperguan dan
pertarungan tadi adalah latihan yang sedang mereka jalani atas arahan guru
mereka. Dan saudara hamba yang tuanku ingatkan mati dibunuh sebenar sakit perut
dan pergi melepaskan hajat di balik sana semasa hamba pulang melaporkan khabar
ini kepada tuanku. Hamba pula tak dapat nak bercakap tadi sebab hamba memang
ada penyakit asma, tiba-tiba pula ia menyerang tadi!
Suasana khali....
Raja Nyamuk kemudian berkata sambil
menahan tawa dan malu – Keliru... keliru... keliru... ya! Kalau begitu kita
namakan tempat ini sebagai Keliru. Negara baru kita! Sekalian nyamuk bersorak
namun tiba-tiba terdengar suara menyindir. – Eh, eh... sedap-sedap tuan hamba
sahaja, datang tidak berjemput tiba-tiba isytiharkan tempat ini sebagai tanah
milik tuan hamba. Katak Gomok meripitkan mata mengerling dan bersedia untuk
sebarang kemungkinan.
Baru Raja Nyamuk sedar, mereka
sebenarnya datang merempat di tempat bukan milik sesiapa dan tempat itu sudah
ada yang ada, justeru undang-udang hutan kata sesiapa yang terawal dialah yang
punya, jadi sekarang mereka bukan yang terawal. Kerana saat mereka sampai,
kedua Cengkadak dan Katak Gomok sudah bertarung di sana. Jadi kerana tidak mahu
jatuh air mukanya, ligat kepala otak Raja Nyamuk memikirkan jalan bagi menjayakan
titahnya. Pantang keturunan raja tatkala titah yang dijatuhkan malah sudah
terjunjung oleh orang bawahan tiba-tiba disanggah oleh orang luar. Mana daulat,
mana keramat. Hilanglah haibah dan pesonafikasi dirinya pada khalayak jelata
nyamuk. Dalam berfikir-fikir, dia kemudian berkata dengan lantangnya – Tuan
hamba berdua siapakah gerangan dan bagaimana tuan hamba berdua sampai ke sini?
Katak Gomok kemudian menjawab dengan
berkata bahawa mereka berdua dalam perjalanan pulang ke tanah tumpah darah
mereka selepas bertahun-tahun berguru dengan seorang pendeta di puncak gunung
yang paling tinggi di tanah itu. Nadanya masih dalam keadaan menyombong diri.
Cengkerik juga menjawab dengan nada yang hampir sama. Justeru, tahulah Raja
Nyamuk bahawa kedua mereka memang bukan calang-calang pendekar kerana mendapat
suluhan dan didikan daripada pendeta yang sedia dikenali kehebatannya di
serantau tanah bahasa mereka.
Pendeta Mambang!
Raja Nyamuk cuba mencari helah, bagi
beliau mengabsahkan perisytiharan yang dilakukannya sebentar tadi. Iaitu tanah
itu mereka yang punya. Dalam ramai-ramai yang dibawa bersama Raja Nyamuk adalah
Mufti Diraja Nyamuk dan Pawang Diraja Nyamuk. Keduanya setia berkhidmat kepada
Raja Nyamuk meskipun mereka berdua berseteru antara satu sama lain, namun
keduanya sangat disayangi oleh Raja Nyamuk malah sering dirujuk dan disuruhkan
bila perlu sahaja kadang-kadang. Nanti cerita mereka satu persatu akan
diriwayatkan di sini, dengan izin Tuhan.
Tidak semena-mena datang ilham dari
Tuhan kepada Raja Nyamuk, dia kemudian berkata kepada kedua Katak Gomok dan
Cangkadak itu apakah mereka sudi untuk beradu tenaga dengannya. Dengan angkuh
dan tawa sinis kedua mereka menyatakan kesanggupan. Jadi pertandingannya adalah
siapa yang lebih tinggi melompat dan tahan lama di udara! Katak Gomok terbeliak
biji mata, kerana tahu mustahil untuknya melakukan yang demikian, lihat sahaja
tubuh badannya yang besar gedempol itu. Harapannya adalah pada Cengkadak yang
lebih ringan dan ramping, katih lebih panjang untuk menolak badan bagi
melakukan lompatan malah cengkadak mempunyai sayap sebenarnya di atas
belikatnya.
Persetujuan dicapai dan Raja Nyamuk
sendiri yang akan bertanding bagi memperlihatkan kehebatannya di depan para
jelata nyamuk. Kedua mereka bersedia dan tiada pengadil melainkan kesemua
mereka yang melihat sahaja akan tahu kesudahannya. Satu, dua dan mula!
Cengkadak mengumpul segala tenaga pada peha dan betisnya lantas menghunjankan
kedua katihnya ke atas dan pastinya dengan segera ia melompat setinggi yang
boleh, ia mendapat tepukan gemuruh atas kehebatannya itu. Sahabat perguruannya,
Katak Gomok bertepuk tangan dan tersenyum sendiri manakala Raja Nyamuk pun
melakukannya aksi yang sama namun peliknya ia kelihatan sangat cool.
Katak Gomok sudah perasankan sesuatu yang pelik sehari dua ini....
No comments:
Post a Comment