-Satu-
Julai 2013.
Keadaan
gelap gelita. Bau hancing menangkap rongga hidung tidak terkata. Dengungan
nyamuk mengganas, tidak kenal erti gentar lagi kepada makhluk yang bernama
manusia. Dalam bilik kecil enam kali empat, tandanya di situ tempat tidurnya, juga
di situ malah tempat beribadahnya juga di situ… sang nyamuk seakan berkata, ini
adalah tempat aku, bukan tempat kamu. Mungkin dendam selama ini terbalas
sedikit sebanyak, dendam pembunuhan spesis mereka zaman berzaman oleh manusia.
Tambah pula manusia yang tamak dan jahat!
Ada
sekujur tubuh di situ, melihat kepada kelibatnya ternyata bukan calang-calang
orang. Tubuhnya agak besar gedembol, macam orang kaya-kaya. Boleh makan segala
yang mahu, kulitnya badan khususnya muka juga putih kemerah-merahan. Nampak
sangat keturunan ada-ada, keturunan bangsawan aristokrat. Rambutnya agak
kusut-masai dan misai serta anak-anak jambang dan janggut tumuh melata dan
merawak entah kemana tujuannya, sudah beberapa lama tiada kemasan dan perapian
seperti masa lalu. Pakaiannya pun nampaknya tidak ubah dan tidak lain dengan
rakan-rakan sepenghuni yang lain, cuma istimewanya dia tidak pernah berjumpa
sekali pun dengan rakan-rakan sepenghuni di situ.
Tiba-tiba
ada seekor nyamuk, membuat terjunan berani mati ala Kamikaze ke bahagian yang
sangat strategik, iaitu di pangkal punggung belah belakang., tersentak jasad
itu. Segera dihayunkan tangan kiri ingin menampar si nyamuk itu. Ternyata
nyamuk itu lebih licik, seakan dapat merasakan aura daripada telapak tangannya,
pap! Nul sasaran. Nyamuk itu ketawa berdekah-dekah mengejek, mungkin katanya
dalam hati – kan aku sudah kata, ini kawasan aku, bukan kawasan kamu. Dulu kamu
angkuh dan sombong dengan apa yang kamu ada, sekarang kamu lebih tidak bernilai
berbanding kami kaum nyamuk.
Nyamuk
itu seakan tidak puas hati dan terus merampos – walaupun kamu manusia dan kami
hanyalah nyamuk daripada jenis serangga. Namun jangan pernah kamu lupa dan
terus angkuh sombong. Moyang kami mampu menumpaskan seorang raja yang hebat
pada zamannya bergelar Namrud. Moyang lami yang legenda itu hanya dengan
dirinya sendiri sahaja menjalankan operasi berani mati tersebut atas arahan De Bos.
Ya,
dahulu dia ada-ada. Senang hidupnya. Anak-anak dan isteri semuanya ‘bahagia’.
Pernah dibikin video dengan mengupah entah pencacai mana untuk buat video klip
nyanyian isterinya sendiri. Entah apa tajuknya, lagu Inggeris. Dipotret dan
diwayangkan segala macam kebaikan mereka anak beranak dalam kehidupan
seharianya. Si isteri digambarkan seronok menjadi suri rumah menguruskan rumah
tangga dan sentiasa bertanya khabar kepada anak-anak mereka dan kemudian si
suami balik ke rumah untuk makan tengah hari. Ah, indah… sungguh indah… lagipun
rumah tempat mereka buat pergambaran adalah rumah rasmi nan indah itu.
Tapi…
layan jugalah, memang wajar dipuji si pengarah dan penyunting video. Memang
menjadi. Mereka kelihatan sangat-sangat bahagia, tersenyum sana tersenyum sini.
Bersalaman dan berciuman berlaga pipi. Wah, memang wajar menjadi keluarga
contoh nan bahagia sentiasa adanya. Rasanya kalau cari dalam Youtube masih ada
lagu itu, sekejap mahu cari sebentar nanti disambung cerita ini… hmmmmmm…
sekejap ya… hmmm, okey… ya, ini dia. Bolehlah tuan puan yang budiman tekan atau
cari sahaja tajuk lagi If Tomorrow Never Comes di Youtube ada.
Apa?
Kenapa dalam bahasa Inggeris. Ah, macam kita semua tidak tahu. Bahasa Melayu
sudah lama dimatikan dan dibunuh oleh golongan anglo-western ini, Rupa Melayu
jiwa barat, cakap Melayu pelat, otak penuh dengan isme sesat! Tapi apapun hayatilah
liriknya, agak menyentuh hati bersadur pula lunak suara isteri yang lemak perdu
itu… fuhhhh….
Sometimes
late at night
I
lie awake and watch her (him) sleeping
She's
(He’s) lost in peaceful dreams
So
I turn out the lights and lay there in the dark
And
the thought crosses my mind
If
I never wake up in the morning
Would
she (he) ever doubt the way I feel
About
her (him) in my heart
If
tomorrow never comes
Will
she (he) know how much I loved her (him)
Did
I try in every way to show her every day
That
she's (he’s) my only one
And
if my time on earth were through
And
she must face this world without me
Is
the love I gave her (he) in the past
Gonna
be enough to last
If
tomorrow never comes
'Cause
I've lost loved ones in my life
Who
never knew how much I loved them
Now
I live with the regret
That
my true feelings for them never were revealed
So
I made a promise to myself
To
say each day how much she means to me
And
avoid that circumstance
Where
there's no second chance to tell her how I feel
If
tomorrow never comes
Will
she know how much I loved her
Did
I try in every way to show her every day
That
she's (he’s) my only one
And
if my time on earth were through
And
she must face this world without me
Is
the love I gave her (he) in the past
Gonna
be enough to last
If
tomorrow never comes
So
tell that someone that you love
Just
what you're thinking of
If
tomorrow never comes
Rupanya ini adalah lagu nyanyian
Ronan Keating. Sungguh lunak dan indah susunan bahasa liriknya. Memang kena
lagu ini dinyanyikan saat dia sedang berada-ada dulu. Namun kini semuanya
menjadi kenangan. Isteri dan anak-anak sudah tiada di sisinya, entah di mana.
Ada khabar kata sekarang ini sudah bermastautin di pinggir Bollywood. Kerana
isteri dia khabarnya sangat sukakan sekalian artis Bollywood, pernah hampir
sepeluknya seorang artis jantan Bollywood yang bertubuh pandak namun sasa itu,
berlakon pun sentiasa nak tunjuk badan yang punya ketul-ketul itu. kalau pakai
baju, sama ada tidak berkancing dan singlet atau jenis baju lutsinar, boleh nampak
tubuh badannya juga!
Ya, mungkin mereka akan terus setia
menanti dan mengharap, namun sampai bila. Kesudahan dalam bilik kecil yang azab
ini tidak ketahuan bila berakhirnya. Segala kenangan itu menyerbu tanpa belas
kasihan ke dalam benak dia. Dia cuba tepis, namun apakah daya. Setelah
berminggu-minggu di dalam sana. Apa lagi yang boleh dibuatnya? Apakah mungkin
terdetik di hatinya – oh, begini rupanya perasaan dan realiti yang dihadapi
oleh seorang banduan! Apatah lagi banduan politik yang tidak pernah melakukan
jenayah sivil, namun dicaj atas kesalahan jenayah politik – mengkritik
kebejatan dan korupsi kerajaan pemerintah!
Tiba-tiba dia bangkit, mukanya
berkerut-kerut. Kalau di tempat cerah, pasti sudah nampak wajahnya memerah
akibat menahan sesuatu yang sangat kuat. Segera dilorotkan seluar kontot
berwarna oren itu dan selangkah ke belakang dan terus mengcangkung atas mangkuk
jamban. Ada tunjalan-tunjalan dari dalam perutnya, entahlah apa? Mungkin kerana
makanan dalam kotak gelap tidak bagus rasanya. Muka yang mencuka masam, comot
wajahnya. Jelas dampak betapa keseksaan yang sedang ditanggungnya. Tidak pernah
dia terfikir jadi semacam ini. Semuanya sudah dirancang dengan teliti, kalau
begini akan buat begitu, kalau begitu akan buat begini. Namun apakan daya,
rancangan manusia dan Allah adalah penentunya.
Mangkuk tandas itu antara teman
barunya semenjak menjadi penghuni kotak gelap itu. Oleh kerana terlalu gelap
dalam kotak itu, setiap kali dia melepaskan hajat dan membasuhnya, setiap kali
itu juga dia tidak tahu apakah benar bersih kedua-dua elemen penting – tandas
dan punggungnya? Air paip pula ada campur tangan politik semata-mata untuk
menjatuhkan imej politik. Sungguh hina dan jijik kehidupan sebegitu, tidak dia
sangka dirinya sendiri akan masuk ke sini. Benarlah dunia ini bulat, benarlah
dunia ini ibarat roda, benarlah air pasang dan surut adalah sunnatullaha Rabbal
alamin.
Dia sarungkan semula seluar,
wajahnya nul perasaan meskipun ada makhluk-makhluk Allah yang sedang
memerhatikan gerak-gerinya. Jelas lukisan kedukaan tergaris-garis pada cembung
wajah yang semakin melekuk. Wajah ini dahulu sentiasa menghiasi segala
televisyen dan akhbar serta majalah dalam dan luar negara dengan kata-kata yang
disebut dan diungkapkannya sentiasa dijadikan sebagai cuplikan, meskipun
ucapannya pun orang lain yang buatkan. Mereka hanya baca sahaja, kadang-kadang
tanpa persediaan. Justeru, bila ada istilah yang sedikit pelik berbaur Arab
atau mana-mana tajuk buku yang dirinya sendiri pun tidak pernah tahu – maka tergagap-gagaplah
jawabnya.
Kini dia masih mendapat perhatian
daripada media, namun bukan lagi kemegahan, keangkuhan dan kemewahan dengan
ucapan billion dan million yang menjadi laporan bahkan sebaliknya. Ternyata
teori Ibnu Khaldun mengenai tamadun yang dikatakan bagaikan roda juga relevan
kepada seorang manusia apatah lagi jika dia adalah seorang pemimpin kepada
sebuah regim. Kini tiada apa-apa lagi, sut mewah, rumah agam nan tersergam,
kenderaan jenama terkini dan sungguh selesa. Ini dia di dalam kotak gelap ini,
cahaya matahari pun jarang dia nampak sekarang.
Dia kembali terbaring dengan
mengiring. Tangan kanan menjadi bantal. Wajahnya masih mencuba. Tangan kiri
menggaru-garu di sana sini, kadang-kadang di depan kemudian di belakang badan
pula. Kadang-kadang di betis kadang pula di dalam seluar dan baju. Nenyamuk
kembali mengganas, tanpa belas terus membuat rondaan ke atas batang tubuh
manusia berdarah bangsawan itu. Ya, sudah namanya nyamuk, memang makanannya
adalah darah. Kalau dulu habis darah jelata dihirup dihisap tanpa belas, kini
giliran nyamuk-nyamuk ini pula yang menghisap tanpa belas. Kulit mulusnya yang
putih melepak itu ternyata sudah banyak bintik-bintik merah dan hitam akibat
menjadi habuan sang nyamuk dan kawan-kawan.
Tiba-tiba, terdengar suara tangisan.
Tersedu-sedan bagaikan anak kecil yang kehilangan bonda mereka tatkala sedang
ralit membeli-belah di pasar raya. Bukan tidak pernah berlaku, malah ada yang
terus diculik dek kerana kecuaian ibu bapa mereka sendiri. Tapi tangisan dalam
kota gelap ini sangat mengharukan, malah daripada kesayupan dan kejauhan sangat
mengerikan! Tangisan jenis apakah ini, apakah tangisan penyesalan, atau
tangisan peratapan, atau tangisan kegeraman? Hanya diri si dia sahaja yang
mengerti akan dirinya sendiri.
Nyamuk-nyamuk yang asalnya mahu
melakukan serangan secara kamikaze segera diarahkan agar berhenti seketika oleh
raja mereka. Hinggap kesayuan di hati raja sekalian nyamuk-nyamuk itu mendengar
sedu-sedan yang kemudian bertukar menjadi ratapan. Ah, sungguh berat sekali
beban yang tertanggung olehnya, fikir Raja Nyamuk. Kalau dikendurikan pula
batang tubuhnya yang tersisa lemak bangsawan dan kuasawan itu entahlah
bagaimana pula dirinya kelak.
Raja Nyamuk harus segera mencari
alasan untuk pengikutnya. Sudah ada yang berbisik-bisik sesama mereka. Membuat
tafsiran, malah sudah ada yang menulis status di Facebook dan Twitter dengan
nada menyindir secara halus mahupun kasar. Raja Nyamuk juga perasan kerana dia
juga ada sebuah iPad 7 yang dilancarkan. Ada status berbunyi - Nampaknya ada
yang nak makan seorang, atau untuk kroni-kroni sahaja. Dasar nepotisme yang
kian membarah tidak terhakis juga. Kata mahu transformasi, kata mahu demokrasi
sejati, kata mahu mobilisasi, kata mahu sana-sini!
Raja Nyamuk sedang tertekan. Diluah
mati emak, ditelan mati bapak. Dia perlu membuat keputusan segera atau padahnya
ada pemberontakan daripada muda-mudi nyamuk sekalian. Dunia nyamuk sudah
semakin kompleks semenjak demokrasi menjadi jalur hidup mereka. Kalau dulu
sesiapa yang menjadi raja berkuasa penuh, malah mahu membunuh sesiapun, suruh
mereka membunuh diri sendiri, disuruh menyerahkan anak dara mereka malah apa
sahaja. Tidak menjadi masalah. Namun kini demokrasi, semua perlukan majoriti.
Malah dirinya juga walaupun ada darah bangsawan persis di dia penghuni kotak
gelap itu namun boleh sahaja dia menjadi orang biasa-biasa daripada orang
ada-ada.
Ya, demokrasi membawa kompleksiti
kepada kuasawan yang diktator malah mahu jadi tuhan di muka bumi ini. Raja
Nyamuk mahu berhelah, agar kedudukan tidak tergugat dan namun dalam masa yang
sama seluruh anak buahnya puas hati dengan keputusan yang diambil. Dia kemudian
mengambil keputusan untuk berpidato kepada mereka semua. Begini pidatonya –
Para pejuang nyamuk sekalian, saya faham kita perlukan darah untuk teruskan
kehidupan kita. Namun apakah kita lupa bahawa kita juga adalah kaum yang punya
harga diri dan adat, kita punya asas prinsip yang menjadi tunjang keharmonian
kita selama ini. Bukankah kita kaum yang cintakan kedamaian dan kemakmuran meskipun
usul asal kita di tempat yang kotor dan jijik, namun ia tidak lebih jijik
daripada manusia yang punya hati nurani namun tidak menggunakannya. Apatah lagi
manusia yang punya kuasa yang dipinjamkan Allah, namun dengan wewenang
menggunakan kuasanya untuk menindas, merampok, merasuah, menzina, memabuk
dengan sewenang-wenangnya.
Justeru, saya mohon untuk kita pergi
berbual-bicara berunding kira dengan si dia itu, lagipun dia nampaknya sudah
tidak bermaya dan kesedihan pula. Mesti dia ada masalah yang menduka cita. Apa
kata saudara sekalian? Tepukan dan sorakan bergempita dalam masa yang sama
nyamuk-nyamuk yang sudah lama menyampah dengan sistem feudal selepas berabad
dieksploitasi oleh mereka yang bergelar raja untuk bertindak seperti tuhan.
Berdengung sekalian geng nyamuk. Ada
yang positif dan ada yang negative, kata sepakat payah dicapai dalam keadaan
ini. Selepas beberapa ketika ternyata kata sepakat masih belum dicapai lagi.
Raja sudah keresahan. Kemudian menteri perdana nyamuk yang dari tadi hanya berdiamkan
diri bersuara – begini sahaja, wahai sekalian warga nyamuk. Bukankah kita kaum
demokrasi, kenapa tidak sahaja kita mengundi untuk membuat keputusan ini.
Tangisan semakin keras, esakan
semakin panjang, seduan semakin mendalam. Desakan daripada orang bawahan
semakin mendesah. Suasana menjadi semakin genting, pandangan setiap nyamuk
semakin ganas, mata masing-masing menggambarkan betapa mereka sangat marah.
Kalau dibiarkan keadaan ini, buruk padahnya. Kelaparan adalah sumber kekuatan
dan kemarahan yang paling berkesan untuk menggulingkan kerajaan, sama ada
kerajaan kepresidenan atau kerajaan kerajaanan.
Kemudian sorakan mengundi...
mengundi... mengundi... bergegeran di sana sini dilaungkan oleh sekalian
nyamuk. Semakin lama semakin kuat, Raja Nyamuk sudah tiada pilihan melainkan
menurut sahaja. Menteri perdana mengambil kesempatan untuk melaungkan idea
demokrasinya sekali lagi. – nampaknya, tuanku sudah bersetuju untuk kita
mengadakan undian. Majoriti akan mempunyai kuasa untuk membuat pilihan. Dalam hatinya
dia berkata – Hmmm, mampuslah nyamuk tua ini, kau akan jadi raja terakhir kami.
Sudah cukup banyak kesusahan dan kebodohan yang keturunan kamu bawa. Malah
keturunan kamu tidak sombong untuk mengambil alih tugas Tuhan dalam menjatuhkan
hukuman kepada mereka yang tidak patuh atau berselirih pendapat dengan mereka.
Kezaliman keturunanmu sudah sampai kemuncak.
Raja Nyamuk terdiam seribu kata. Dia
tahu hayatnya sebagai seorang raja boleh tamat bila-bila masa. Meskipun dia
cuba memperbaiki dan membaik pulih pentadbiran dengan pelbagai rancangan
transformasi namun semuanya seakan sudah terlambat. Bukan salah dirinya
semata-mata, kerana ia adalah hasil daripada peninggalan beberapa warisan
lampau yang maha zalim. Keadaan semakin tegang... antara kedua pihak, perdana
menteri yang pernah tinggal di barat dan ingin membawa idea baru demokrasi
menanti masa untuk melakukan reformasi, namun dia berhati-hati kerana demokrasi
dengan rampasan kuasa tidak lebih daripada sama sahaja dengan kedaan raja-raja
dahulu yang asalnya lanun menjajah dan merampas.
Menteri Perdana mahu demokrasi
berjalan sebaik mungkin, mendapat dokongan daripada jalur kiri dan kanan.
Bertanding dengan telus dan bersih sama sekali, dan dia yakin dengan
prestasinya selama menjadi menteri perdana selama ini, ramai sudah yang
menyatakan sokongan dan dokongan kepadanya. Sudah lama kempen-kempen senyap
dilakukan, dengan menabur wang dan budi kepada sekalian yang memerlukan atas
namanya sendiri. Malah dia mengisytiharkan dirinya sebagai wakaf kepada rakyat
jelata. Siapa yang tidak cair dan kasih akan dia sekarang ini?
Tiba-tiba!
Satu laungan yang maha kuat dan
dahsyat meletus, bagaimana atom di Hirosima dan Nagasaki dalam kapasiti kaum
nyamuk sekalian.
“Berambus!!! Berambus kamu semua
dari sini!!! Tahukah kamu semua siapa aku, hah!!?” Rupa-rupa penghuni kotak
gelap yang meraung ganas kerana tergganggu dan tertekan dengan dengungan bala
nyamuk yang bermain di perbatasan. Bunyi-bunyian dan dengung-dengungan itu
sangat mengganggu dirinya sehingga jantungnya berdetup kencang dan darahnya
mendidih-didih.
Berulang-ulang dan berkali-kali
tempikan itu. Kaum nyamuk bercempera lari kembali ke sarang mereka. Ternyata
mereka hampa, dan kemarahan terhadap Raja Nyamuk semakin membara, feudalisme
klasik yang cacamerba tiada berguna. Zaman ini bukan lagi zaman raja jelmaan
dewa dan sultan bayangan tuhan di bumi. Zaman ini adalah zaman maqasid
syariyyah, zaman keadilan sosial sebagaimana yang dituntut Ilahi melalui
utusan-utusan-Nya yang terdahulu dan terakhir.
No comments:
Post a Comment